ganding I

bergandingan, berganding
1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan):
Ismail ~ dengan Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta;

2. berangkaian, berhubungan, berpautan:
gerabak-gerabak kereta api yang bergerak ~;

3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan:
hal-hal yang ~ dengan sesuatu perkara;

4. bekerjasama, tolong-menolong:
masyarakat yang berbilang bangsa harus ~ untuk mencapai kemakmuran;
~ tangan

a) berpegangan tangan;
b) bekerjasama, bahu-membahu;
~ tenaga menggunakan tenaga bersama untuk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dengan erat);

mengganding
1. menarik sesuatu yang diikat di samping atau di belakang:
sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak;

2. memegang tangan, memimpin:
orang buta itu diganding oleh seorang budak;

menggandingkan, mempergandingkan
1. menghubungkan, memauntukan, mempertalikan:
kereta yang rosak itu digandingkan dengan sebuah lori;

2. menghubungkan, mengaitkan:
kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dengan keadaan ekonomi negara;

3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan:
sampan itu digandingkan dengan motobot;

gandingan benda yang digandingkan (di samping atau di belakang).

berkongsi