gambar

1. lukisan, foto;
tukang (pandai) ~ orang yang kerjanya mengambil gambar, jurugambar;
kantur ~ [Indonesia] pejabat tempat membuat gambar peta;

2. tiruan sesuatu benda yang dibuat dengan menggunakan kamera, foto;

3. [sastera lama] patung;
~ angan-angan gambar yang dikhayalkan;
~ bagan gambar yang dibuat dengan garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar;
~ bumi peta bumi;
~ cermin [Indonesia] bayangan pada cermin;
~ denah gambar bagan;
~ ejekan (sindiran) gambar orang yang dibuat ganjil dengan sengaja sebagai sindiran;

~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yang ditayangkan;
~ mati = ~ sorot wayang gelap yang tidak bergerak;
~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yang diberi bergambar untuk ditayangkan pada tirai;
~ tempel [Indonesia]
a) gambar yang dilekatkan pada kertas (kad, kain, dan lain-lain);
b) gambar iklan yang dilekatkan pada tembok dan lain-lain;
~ timbul gambar yang dibuat timbul pada batu dan lain-lain;

bergambar
1. mempunyai gambar, dihiasi dengan gambar:
buku bacaan ~;
kad ~;

2. mengambil gambar dengan kamera:
para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;

menggambar melukis (membuat) gambar :
ia suka ~ pemandangan;

menggambari memberi bergambar, menghiasi dengan gambar:
kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;

menggambarkan
1. membuat gambar untuk:
guru ~ muridnya seekor singa;

2. melukiskan, membayangkan:
lukisan ini ~ penderitaan rakyat yang miskin;
dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pada hari itu bersuka ria;

3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dan sebagainya:
pepatah ini ~ satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dalam kehidupan sehari-hari;

tergambar terbayang, terlukis:
dalam fikirannya ~ wajah anak muda itu;

gambaran
1. gambar, lukisan;

2. kisah (keterangan, bayangan, dan sebagainya) tentang sesuatu keadaan dan sebagainya;

penggambaran
1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dan lain-lain);

2. kegiatan (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dan sebagainya;

penggambar orang yang menggambarkan, pelukis.

berkongsi