galah

1. kayu panjang (untuk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dan lain-lain);

2. sejenis tombak atau lembing pemburu babi hutan;
~ canggah galah yang bercabang hujungnya;
~ jemur kayu yang dipasang melintang antara dua tiang dengan pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sebagai tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain;
~ pancang (unjam) galah yang ditancapkan untuk menambat perahu;
(main) ~ panjang permainan kanak-kanak (dengan membuat petak-petak atau garis-garis di tanah);
~ sanggamara galah yang berkait untuk menolak atau meraih perahu;
bagai ~ dijual (peribahasa) [Minangkabau] sudah habis hartanya (kerana berjudi dan lain-lain);
bagai ~ di tengah arus (peribahasa)
a) sangat gementar;
b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dan lain-lain);

bergalah menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dan sebagainya) dengan memakai galah;
segan ~ hanyut serantau (peribahasa) kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dalam kehidupan;

menggalah amat tinggi:
tinggi ~;

menggalah(kan) menolak (sampan) dengan memakai galah;

sepenggalah sepanjang atau setinggi galah;
matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi.

berkongsi