gadung I

sejenis tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dalam air atau dibancuh dengan abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida;
hijau ~
hijau muda (seperti warna daun gadung);
mabuk ~
a) mabuk kerana makan gadung;
b) gila berahi;
~ cina sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina;
~ jantan
= akar ~ tikus sejenis tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax helferi;
~ kasturi
sejenis anggerik (orkid), Epidendrum spp.;
~ lilin
= ~ mabuk sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida;
~ samak
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea;
~ seberang
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi.

berkongsi