1. anak perempuan yang sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara:
pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dengan seorang ~;
2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki):
walaupun sudah lama bergaul mesra dengan laki-laki ia masih tetap ~;
sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi;
3. [Indonesia] tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara:
ayam ~ ;
kuda ~;
~ besar gadis yang berumur kira-kira 18 tahun;
~ kecil gadis muda yang berumur kira-kira 13 tahun;
~ sunti anak dara kecil yang belum baligh;
~ tanggung gadis yang sedang besarnya; ~ tua perawan yang sudah tua;
bagai ~ julung bersubang (peribahasa) angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dan lain-lain);
bagai ~ julung menumbuk (peribahasa) rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan;
seperti ~ sudah berlaki (peribahasa) anak dara yang kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dan lain-lain);
bergadis masih perawan;
tidak ~
tidak perawan lagi;
menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin;
kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan:
meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;
kegadis-gadisan bertingkah laku sebagai gadis.