entah

1. = entahkan tidak tahu:
siapa dia? ~;
macam mana perkara ini mahu diselesaikan? ~lah;
entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yang hilir, angin yang lalu dan burung yang terbang;

2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi:
~ benar, ~ tidak, tak tahulah!;
jikalau Paduka Tuan mau melanggar pada malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka;

3. sama ada … atau …:
~ setuju, ~ tidak, kita buat juga;

entah-entah
1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan:
~ dia sudah tidak ada lagi di situ;

2. = berentah;

3. [arkaik] keturunan yang kelima atau keenam;

4. [arkaik] kiraan atau hitungan nilai wang yang terkecil sekali;

berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan);

entah-berentah [Minangkabau] anu (tidak diketahui dengan tepat, hanya khayalan semata);
negeri ~ [sastera lama] negeri anu.

berkongsi