diri II

berdiri
1. tegak di atas kaki, tidak berbaring (duduk, mencangkung, dan sebagainya), bangkit dan tegas:
setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ untuk bersembahyang;
kami terpaksa ~ sahaja dalam dewan itu kerana kerusi yang disediakan tidak mencukupi;

2. (telah) diadakan atau ditubuhkan (berkenaan (dengan) negara, pertubuhan, dan lain-lain), telah ada:
DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi;

3. = ~ atas berdasarkan, berasaskan, (bergantung, bersandar) pada:
berjaya tidaknya rancangan yang baru itu ~ atas sokongan yang diterima daripada orang ramai;
~ atas kaki sendiri
tidak bergantung pada orang lain;

4. = ~ atas = ~ daripada berasal (bermula, terbitnya, terjadi) daripada;
~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpada pemerintah);
~ (bertegak) lutut duduk dengan lutut didirikan (ditegakkan);
~ sendiri tidak bergantung pada orang lain;
~ sama tegak, duduk sama rendah (peribahasa) sama setaraf, sejajar dengan;

mendirikan
1. menjadikan berdiri, menegakkan:
tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi;

2. membina (rumah, bangunan, dan sebagainya), membangunkan:
penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu;

3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dan lain-lain):
penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju untuk ~ sebuah kedai syarikat;
~ rumahtangga
berkahwin;

terdiri
1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri:
perempuan muda yang sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil;
berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku;

2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun:
di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah;

3. [sastera lama] dapat bertahan:
maka segala rakyat Indera Puri Negara dengan hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kepada Sardal dan Kamdakata; ~ daripada terbentuk (terjadi, terjalin) daripada:
mereka yang menyerang dan merompak itu ~ daripada pemuda-pemuda yang telah rosak akhlak;
penaja perkumpulan ini hanya ~ daripada dua orang sahaja;

dirian (Perhutanan) jumlah pokok (kayu balak) yang terdapat dalam suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dalam isi padu per unit keluasan;

pendirian
1. pegangan (berkenaan (dengan) fahaman, pendapat, dan lain-lain) untuk menimbang atau menilai sesuatu:
menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kepada peraturan;

2. perihal mendirikan sesuatu:
ketika mengikir, tentukan ~ yang betul alat yang hendak dikikir itu;

3. pembinaan, pembangunan:
~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri;

4. dasar (sikap, keputusan, dan sebagainya) yang dijadikan pegangan untuk memandang atau menilai sesuatu hal:
Malaysia tetap dengan ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali;

5. [arkaik] bangunan, binaan;

6. [arkaik] lembaga, perbadanan, pertubuhan;

berpendirian mempunyai pendirian, berpegang teguh (pada sesuatu pendapat, fahaman, dan sebagainya):
saya masih ~ bahawa Karl Marx telah membuat suatu ramalan yang meleset;

pendiri
1. = sependiri sepanjang (setinggi) orang berdiri;

2. penaja sesuatu perkumpulan (perbadanan dan lain-lain);

3. orang yang mendirikan atau mengasaskan sesuatu:
semua ahli teori ini ialah ~ teori sastera Barat.

berkongsi