1. balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (seperti persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dan lain-lain):
Tuan Syed Nasir telah memberi ceramah berkenaan dengan Bahasa Kebangsaan di D~ Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar;
2. perbadanan (institusi, lembaga, dan lain-lain) yang bertanggungjawab (bergiat, berkuasa, dan lain-lain) dalam sesuatu bidang kegiatan dan sebagainya:
D~ Rakyat sedang membahaskan anggaran belanjawan;
D~ Bahasa dan Pustaka;
D~ Bandaraya;
D~ Perniagaan;
3. [sastera lama] mahkamah tinggi;
D~ Keadilan majlis tertinggi berkenaan adat di Negeri Sembilan;
D~ Keamanan [Indonesia]
a) Majlis Keselamatan B.B.;
b) = D~ Keamanan Nasional dewan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawasi (menjaga) keamanan negeri;
D~ Menteri [Indonesia] jemaah menteri, kabinet;
D~ Moneter [Indonesia] lembaga yang berkewajiban menasihati dan mengawasi kewangan negara;
D~ Nasional [Indonesia] majlis yang mewakili masyarakat untuk memberi nasihat kepada kerajaan;
D~ Negara
a) majlis mesyuarat tertinggi yang anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
b) [Perak] majlis tertinggi berkenaan adat;
D~ Negeri majlis mesyuarat negeri;
~ penasihat [Indonesia] majlis yang memberi nasihat;
~ pengawas(an) [Indonesia] dewan yang bertugas untuk mengawas kerja pengurus perkumpulan (persatuan, dan lain-lain);
~ perancang [Indonesia] majlis yang merancang pembangunan negara;
D~ Perwakilan Rakyat [Indonesia]
a) = D~ Perwakilan Rakyat Pusat Dewan Rakyat;
b) = D~ Perwakilan Rakyat Daerah Dewan Undangan Negeri;
~ pimpinan [Indonesia] dewan yang memimpin parti (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain);
D~ Rakyat majlis tertinggi yang membuat undang-undang (menentukan dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya);
D~ Undangan Negeri (Persekutuan) majlis perwakilan rakyat negeri-negeri.