1. bunyi seperti bunyi jam dan lain-lain;
~ jantung
a) bunyi denyut jantung;
b) [kiasan] getaran hati (kalbu);
~-detak khabar (berita);
2. saat (1/60 minit), waktu atau masa (yang singkat sekali):
akhirnya orang tua itu kembali tenang setelah termenung beberapa ~;
3. waktu, masa (secara am):
31 Ogos merupakan ~ yang bersejarah bagi rakyat Malaysia;
berdetik
1. = mendetik berbunyi seperti bunyi jam dan lain-lain:
pensel yang di atas meja itu jatuh ~;
2. berkata (di dalam hati):
melihat kejadian itu, hatinya ~, manusia ini tidak waras otaknya;
3. berdebar (berkenaan (dengan) perasaan):
hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya;
terdetik
1. berbunyi detik;
2. [kiasan] terdengar (diketahui, diberitakan, dan lain-lain):
sekarang ~ pula berita-berita yang mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi;
terdetikkan dapat terdetik:
kenikmatan Firdaus yang tidak pernah ~ dalam hati manusia;
detikan detik (jam, jantung, dan lain-lain).