darat I

1. tanah (sebagai lawan laut atau air), tanah (sebagai lawan udara);
angkatan ~ = tentera ~ tentera yang bergerak (bertempur dan sebagainya) di darat;

2. kawasan tanah yang tertinggi (lawan baruh):
jalan yang di sebelah ~ sana lebih baik daripada jalan ini;

3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lawan pantai):
anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi;
~-darau
kawasan-kawasan yang tertinggi atau yang terletak di pedalaman;
di laut angkatan, di ~ kerapatan (peribahasa) kekuatan di laut bergantung pada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung pada persatuan;

mendarat
1. turun dari kapal (perahu dan sebagainya) dan naik ke darat:
tentera Jepun sudah ~ di Jawa;

2. turun ke tanah dari udara (berkenaan (dengan) kapal terbang):
kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yang tebal;

3. pergi ke kawasan (daerah) pedalaman:
setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~;

4. [Minangkabau] pergi melalui (jalan) darat:
lebih selamat kita ~ sahaja daripada belayar;

mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat):
Bujang berjalan perlahan-perlahan meredah di dalam semak-semak menuju ke kawasan yang biasa didaratinya;
Tanah Melayu sudah didarati Jepun;

mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat:
Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat;
juruterbang itu berjaya juga ~ kapal terbangnya walaupun cuaca amat buruk;

daratan kawasan tanah yang luas (lawan laut dan pulau):
mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yang kecil terpencil jauh dari ~;

pendaratan
1. perihal mendarat atau mendaratkan:
kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yang begitu banyak;

2. tempat mendarat atau mendaratkan:
orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dari ~ perahunya;

pendarat alat (peralatan, perkakas) untuk mendarat atau mendaratkan:
kapal ~.

berkongsi