~ calat bersih sebersihnya;
~ darah
a) membersihkan darah dengan memakan ubat;
b) membersihkan darah dengan menggunakan sejenis mesin (darah yang beredar ditapis melalui membran separa telap dalam mesin tersebut untuk membuang keluaran buangan), dialisis;
~ mata
a) membersihkan mata dengan air dan lain-lain;
b) melihat-lihat perempuan dan lain-lain untuk menyeronokkan hati;
~ muka
a) membasuh muka;
b) [Indonesia] tempat air untuk membasuh muka;
~ perut
a) julap, urus-urus, pencahar;
b) membersihkan perut dengan julap dan lain-lain;
~ tangan
a) membersihkan tangan;
b) [Indonesia] tempat air basuh tangan;
c) tidak mahu terlibat dalam hal orang;
bercuci [kiasan] bersunat, berkhatan;
mencuci
1. membersihkan dengan air, membasuh:
~ pinggan mangkuk;
~ kain;
2. membersihkan (mengesat atau menyapu dengan penyapu bulu ayam, dan lain-lain):
setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon;
~ filem menjadikan filem negatif daripada filem dan positif (gambar) daripada filem negatif;
~ mata cuci mata;
mencucikan
1. mencuci sesuatu untuk orang lain;
2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci:
saya pergi ~ baju tadi;
3. [kiasan] menyunatkan, mengkhatankan;
cucian
1. barang-barang yang dicuci (seperti kain, baju, dan lain-lain);
2. cara mencuci, hasil mencuci:
~nya tidak bersih;
pencucian
1. perihal (perbuatan) mencuci;
2. tempat mencuci;
pencuci
1. orang yang mencuci, tukang cuci;
2. alat (benda dan lain-lain) yang digunakan untuk mencuci;
~ mulut benda manis (seperti buah-buahan dan sebagainya) yang dimakan selepas makan nasi dan lain-lain.