secolek
1. sebanyak yang disentuh (diambil, dicalit) dengan hujung jari;
2. sedikit sangat, sececah:
dia beri kuih ~ sahaja kepada adiknya;
mencolek
1. menyentuh (mengambil, mencalit, dan lain-lain) dengan hujung jari:
kelihatan ia ~ dinding dengan telunjuk kanannya;
2. mencecah kuah (manisan dan lain-lain);
3. mencungkil dengan hujung jari (bilah dan lain-lain) untuk mengeluarkan atau mengambil sesuatu:
~ tahi telinga dengan rokok daun;
4. menggores (memantik) dengan bilah gores api dan lain-lain;
5. menyentuh (menggamit) dengan hujung jari;
~ gamit memegang-megang (menyentuh-nyentuh, menggeletek, dan lain-lain) seperti pada masa bersenda gurau dan lain-lain;
~ hati menggelikan hati;
pencolek;
~ api [Kelantan] mancis, korek api.