cetus

bunyi seperti bunyi besi digoreskan ke batu dan lain-lain;
~ api [Minangkabau] pemetik api (daripada batu, besi, sabut, dan lain-lain), teker;
bak ~ api (peribahasa) (orang yang) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dan lain-lain);

mencetus
1. meletus (melompat) ke luar (berkenaan (dengan) bunga api), mengeluarkan bunga api;

2. = ~ api membuat api dengan menggunakan cetus api (gores api dan lain-lain);

3. [Minangkabau] (berkenaan (dengan) kuda dan lain-lain) menggigit orang dengan diam-diam;

4. [Minangkabau] [kiasan] mencari-cari kesalahan;

mencetuskan
1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api);

2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dan lain-lain) dengan sekonyong-konyong, menerbitkan:
hasrat mereka untuk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi;
lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yang akan membuka lembaran baru
;

tercetus berlaku (terjadi, timbul) sesuatu keadaan (kejadian, peristiwa dan sebagainya):
perkelahian itu ~ akibat perasaan dendam yang sudah lama terpendam;

cetusan
1. apa yang ditimbulkan (dilahirkan dan lain-lain), sesuatu yang terbit daripada, pancaran, jelmaan:
tulisan itu adalah satu ~ perasaannya;

2. = ~ api cahaya api yang berkilat dan lain-lain, bunga api yang terbit;

pencetusan perihal mencetuskan atau menerbitkan (sesuatu):
~ idea-idea baru di kalangan intelektual di universiti tidak mungkin berlaku jika pensyarah, mahasiswa, atau siswazahnya tidak banyak membaca;

pencetus sesuatu yang mencetuskan:
~ idea.

berkongsi