cerut I

mencerut
1. mengikat (mengecut, membelit) di sekeliling sesuatu kuat-kuat, menjerut:
~ leher;

2. [kiasan] (berasa) sakit bagai dicerut:
perutnya mula berasa ~ kerana lapar; 3. menyekat hingga sukar berkembang (maju dan sebagainya):
pada masa yang sama, pihak kerajaan tidak ~ pertumbuhan ekonomi;

cerutan hasil (perbuatan) mencerut:
kelihatan ular besar itu melonggarkan sedikit ~nya pada rusa yang sudah tidak bermaya lagi;

pencerutan perbuatan mencerut;

pencerut tali (orang dan lain-lain) yang mencerut.

berkongsi