ceroboh I

1. tidak senonoh atau tidak sopan (berkenaan (dengan) kelakuan, perbuatan, dan sebagainya), melanggar tatasusila, biadab:
berlaku ~ terhadap anak gadis orang;

2. keji, hina;

menceroboh
1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya):
engkau berani ~ memegang tangan anakku!;
dialah orangnya yang selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang;

2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya):
pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai;

mencerobohi
1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dan lain-lain) terhadap (seseorang), berlaku biadab terhadap perempuan untuk mencemarkan kehormatannya dan sebagainya, mencabuli:
jadi kau yang masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi?

2. memasuki kawasan orang atau wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan hendak mengganggu, menyerang, mendudukinya, dan sebagainya):
bangsa yang berniat jahat sahaja yang ~ negeri orang;
mempertahankan tanah air daripada dicerobohi tentera asing;

ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi:
satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun;

kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan);

pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan:
kita mesti mempertahankan diri daripada ~ musuh;
kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini;

penceroboh orang (negara dan lain-lain) yang menceroboh(i).

berkongsi