cerita

1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dan lain-lain):
masing-masing termenung mendengarkan ~nya;

2. karangan atau lakonan yang mengisahkan peristiwa (kejadian dan lain-lain) baik rekaan atau betul-betul terjadi:
~ dalam buku itu sangat menyedihkan;

3. [kiasan] cakap kosong, kata-kata yang tiada kebenarannya:
ah, itu cuma ~ saja!~ berbingkai cerita yang mempunyai banyak cerita lain seperti hikayat Bakhtiar dan lain-lain;
~ binatang cerita rekaan berkenaan binatang (seperti cerita Sang Kancil dan lain-lain);
~ jenaka
a) cerita yang menggelikan hati;
b) (Kesusasteraan) cerita rakyat yang menggelikan hati, misalnya Pak Pandir dan Abu Nawas;
~ pendek cerita yang pendek (tetapi membentangkan sesuatu kisah yang lengkap), cerpen;
~ rakyat cerita rekaan yang disukai ramai pada zaman dahulu dalam sesuatu masyarakat yang diturunkan daripada generasi kepada generasi secara lisan;
~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yang lahir hasil daripada daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka;
~ tamsilan cerita kiasan yang mengandungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya);
dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan (peribahasa) kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia-siakan;

bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual:
mereka asyik ~ tentang hal-hal yang aku tidak mengerti;
~ panjang
[kiasan] menyatakan isi hati;

menceritai bercerita kepada:
aku diceritai mamak perkara itu;

menceritakan
1. mengisahkan sesuatu kepada:
demikianlah diceritakan oleh yang empunya cerita;

2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dan lain-lain) sesuatu:
saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya;

ceritaan [Jakarta] cerita;

penceritaan perihal menceritakan:
cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa;

pencerita orang yang bercerita:
akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu.

berkongsi