cempedak

sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya seperti nangka), Artocarpus champeden;
~ air
sejenis tumbuhan (pokok), Artocarpus kemando;
bagai bunyi ~ jatuh
(peribahasa) kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pada orang yang gemuk jatuh);
daripada ~ baiklah nangka (peribahasa)
a) daripada tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah;
b) kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga;
seorang makan ~, semua kena getahnya (peribahasa) seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga;
tanam ~ tumbuh nangka (peribahasa) apa yang diperoleh lebih daripada apa yang diharapkan.

berkongsi