celaka

1. malang (berkenaan (dengan) nasib seseorang), sial, tidak baik:
nasibnya sungguh ~;

2. sesuatu yang menyebabkan penderitaan (kesusahan dan lain-lain), kemalangan, kesialan:
apabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong;

3. makian, keparat, jahanam, bedebah:
anak sial, anak ~!

4. seruan untuk menyatakan kemarahan (kekecewaan dan lain-lain):
ah! C~! Apalah nasib;
~ tiga belas
malang sekali;

mencelakakan menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dan lain-lain):
lubang itu digali orang untuk ~ kita;
dia ~ setiap orang yang berkawan dengannya;

kecelakaan bencana, kemalangan, kesusahan, malapetaka:
hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu;
polis tidak ada di tempat ~ itu;
perempuan itu mati kerana ~.

berkongsi