sukiyaki

sejenis masakan Jepun daripada hirisan daging yang digoreng cepat-cepat dengan sayur-sayuran dan sos.

sukat I

1. takaran yang besarnya empat gantang;

2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isi padu);

3. [bahasa percakapan] = menyukat mengukur (menakar dan lain-lain);
tukang ~ [bahasa percakapan] orang yang mengukur tanah;
yang se~ tak akan jadi segantang (peribahasa) untung nasib tidak dapat diubah-ubah;

bersukat
1. mengukur (menakar) dengan sukat;

2. diukur (dikira) dengan satuan tertentu:
makanan itu ~ betul-betul;
~ dengan rah
[sastera lama] membunuh orang;
~ darah, bertimbang daging (peribahasa) berlawan bermati-matian;
telah penuh sebagai ~ (peribahasa) sudah habis kesabarannya;

menyukat
1. mengukur dengan sukat;

2. mengukur (panjang, luas, isi):
selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah;

sukatan
1. satuan yang digunakan untuk menyukat, ukuran:
berapakah luasnya dalam ~ hektar?;
sebuntukan isinya dalam ~ liter;

2. sesuatu hasil daripada menyukat (setelah disukat), catuan:
di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yang memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori;

3. sesuatu yang digunakan untuk menyukat (menentukan, menilai, dan lain-lain):
sudut itu diukur dengan ~ darjah;
~ pelajaran
butir-butir ringkas daripada mata pelajaran yang diberikan (di sekolah dan lain-lain);

penyukatan perbuatan menyukat;

penyukat
1. alat yang digunakan untuk menyukat (mengukur dan lain-lain):
~ suhu;

2. orang yang menyukat.

sukarelawan

orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela:
~ yang ingin memberikan khidmat mereka kepada golongan ini tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu;

kesukarelawanan segala hal (sifat, kegiatan dan sebagainya) yang berkaitan dengan sukarelawan:
semangat ~ sudah mendarah daging dalam dirinya;
majlis pelancaran pertandingan menulis esei ~ peringkat kebangsaan.

sukarela

= dengan (secara) ~ dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah, dengan rela hati:
mereka dengan ~ membantu petani-petani;
pekerja ~
pekerja yang tidak digaji atau diupah;

bersukarela dengan sukarela (melakukan sesuatu):
mereka telah ~ membuat karangan bunga untuk diletakkan di tugu peringatan perang;

kesukarelaan sikap sukarela:
sistem kredit itu dapat menambahkan semangat ~.

sukar

1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah:
perkara yang ~;
sangat ~ membuat pekerjaan ini;

2. [sastera lama] serba kekurangan, daif, miskin:
mereka hidup dalam ~;

3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk:
penyakitnya terlalu ~;

4. tidak mudah mendapat, jarang ada:
wang ~ pada masa ini;
mahal dibeli, ~ dicari
(peribahasa) sesuatu yang terlalu sukar diperoleh;
orang ~ baharu kaya (peribahasa) orang yang hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan);

menyukarkan menjadikan sukar, menyulitkan, menyusahkan:
meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yang telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yang kurang maju;

mempersukar menjadikan lebih sukar;

kesukaran
1. perihal sukar, kesulitan, kesusahan:
~nya makin bertambah;

2. menderita susah (kemiskinan):
mereka selalu dalam ~.