tahayul

[Arab]

1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan:
meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu;

2. kepercayaan yang karut-karut (kpada sesuatu yang sebenarnya tiada):
menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali;

ketahayulan sesuatu yang dipercayai sebagai tahayul:
sains tabii merupakan satu daya yang membebaskan manusia daripada belenggu ~.

taharah

[Arab] hukum fikah yang berkaitan dengan kebersihan (merangkumi hukum air, bersuci, najis, dan sebagainya), kebersihan.

tahar I

bertahar belayar terus (dalam angin, ribut, dan lain-lain);

menaharkan melayarkan terus (dalam angin, ribut, dan lain-lain):
ditaharkan perahunya olang-aling dipalu ombak.

tahap

peringkat, tingkat:
pemikirannya sudah sampai ke ~ yang begitu tinggi;
sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yang lebihtinggi;
minyak pelincir yang membawa prestasi enjin ke ~ yang tinggi;

bertahap ada tahapnya, berperingkat, bertingkat;

bertahap-tahap (dengan) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat:
projek itu akan dilaksanakan secara ~ dalam tempoh tiga tahun;

menahapkan membahagikan sesuatu kepada beberapa tahap;

penahapan perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) membahagikan sesuatu kepada beberapa tahap:
penggolongan dan ~ sastera dalam tulisan beliau.

tahana II

1. [Kedah], [bahasa percakapan];

membuat ~ menderhaka;

2. [Kedah], [Perlis], [bahasa percakapan] menganiaya.

tahana I

[sastera lama] darjat, martabat (kebesaran, kemuliaan), taraf;

bertahana bersemayam, duduk.