tahkik

[Arab]

1. pengesahan sesuatu kebenaran dengan bukti;

2. benar, sahih, sungguh:
syahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor;
ahli ~
ahli sufi;

mentahkikkan
1. membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan:
kejahatan orang lain yang belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya;

2. menyunting sesuatu karya;
pentahkikan proses mentahkikkan sesuatu maklumat:
apabila komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara automatik.

tahiyat

[Arab]

1. penghormatan;

2. ucapan penghormatan terhadap Allah dan Rasul-Nya semasa duduk dalam solat;
~ akhir salah satu rukun solat pada rakaat akhir sebelum salam;
~ awal tahiyat yang dibaca pada rakaat kedua, kecuali solat dua rakaat.

tahil

ukuran berat yang bersamaan dengan
a) 1/16 kati atau 37.8 gram (untuk barang-barang);
b) 16 mayam (untuk emas);
c) 10 ci atau 3.8 gram (untuk candu).

tahi II

~ angin sejenis tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, Usnea spp.;
~ anjing
= ~ asu = rumput ~ ayam sejenis tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides;
~ gigi
sejenis tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, Miliosma nitida;
~ musang
sejenis tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa;
rumput ~ babi
sejenis tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia;
rumput ~ kerbau

a) sejenis tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea;
b) sejenis ular, Coluber radiatus.

tahi I

1. hampas makanan dalam perut (manusia, binatang) yang keluar melalui dubur, najis:
~ anjing;
~ kambing;
najis atau ~ itu mengandungi benda-benda yang kasar yang tidak dapat diserap oleh tubuh;

2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa;

3. [kiasan] orang yang ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan):
~ judi;
~ air
sampah sarap yang mengapung di atas air;
~ angan orang yang suka mengelamun;
~ angin
a) awan tipis yang ditiup angin;
b) [bahasa percakapan] borak, obrol, sembang;
~ arak orang yang suka dan kuat minum arak;
~ besi karat pada besi;
~ betina lelaki yang suka berzina;
~ bijih sanga, terak;
~ bintang benda yang kelihatan berkilau seperti bintang dan melayang di angkasa untuk beberapa ketika;
~ candu
a) kotoran yang melekat pada paip penghisap candu;
b) orang yang gemar menghisap candu;
~ gergaji serbuk daripada kayu yang digergaji;
~ gigi kotoran yang di celah-celah gigi;
~ hidung hingus kering dalam hidung;
~ ketam sisa kayu yang diketam, tatal;
~ kikir serbuk daripada besi yang dikikir;
~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku;
~ lalat
a) tanda hitam bulat pada kulit;
b) bintik-bintik hitam pada pakaian;
~ mata kotoran pada mata;
~ minyak
a) kerak minyak (kelapa);
b) [Johor] orang yang suka berbohong;
~ rokok orang yang suka (kuat) menghisap rokok;
~ telinga kotoran dalam telinga;
~ tembaga karat yang melekat pada tembaga, terusi;
tiada terbuangkan ~ mata dengan empu kaki (peribahasa) aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga.

tahfiz

[Arab] menghafal (al-Quran);
Institut T~ al-Quran Institut Menghafal al-Quran.

tahfifah

[Arab] [sastera lama] hadiah, persembahan (kpada orang yang terhormat):
maka Raja Kida Hindi pun keluarlah menghadap Raja Iskandar dengan segala persembahannya, daripada ~ yang mulia-mulia dan daripada mata benda yang ajaib-ajaib.

tahbis

[Arab] disucikan (untuk keperluan agama Kristian);

mentahbiskan menyucikan atau memberkati (untuk keperluan agama Kristian):
~ paderi;
~ air suci;

pentahbisan perihal mentahbiskan.