tampas

[arkaik] pepat dan rata (seperti dipangkas);

menampas memotong (memaras, memangkas) supaya rata dan licin, memepat rata.

tampar I

pukulan dengan tapak tangan, tepuk (dengan kuat):
kena ~ dan nista;
biar kena ~ dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis
= kalau kena ~, biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dengan kaki yang pakai kasut (peribahasa) kalau tersalah dalam sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu daripada dianiaya oleh orang yang bodoh;
se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar (peribahasa) sepala-pala nama jahat jangan kepalang;

bertampar bertepuk;
~ dada bertepuk dada;
~ tangan bertepuk tangan;

bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain;

bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain;

menampar
1. memukul dengan tapak tangan, menepuk:
dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja;

2. [kiasan] memukul perlahan (angin), memuput, menempuh (ombak dan lain-lain):
angin malam yang dingin ~ tubuhnya;
kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;

menampar-nampar, menampari menampar berulang-ulang (berkali-kali):
permaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada;

menamparkan menggunakan sesuatu untuk menampar, menampar dengan;

tamparan
1. pukulan dengan tapak tangan, tepukan:
dia terkenang pada ~ suaminya;

2. [kiasan] pukulan (ombak dan lain-lain), tempuhan (angin):
~ ombak yang tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan;

3. peristiwa, kritikan, dan sebagainya yang tidak menyenangkan hati:
isu bahasa itu memberikan ~ yang hebat kepadanya;
~ nyamuk
tulang belikat;

penampar pukulan dengan tapak tangan, tamparan:
sebuah ~ dari tangan kiri hinggap ke pipinya.

tampang VI

~ besi
a) sejenis tumbuhan (pokok), medang gombong, merabong bukit, Vernonia wallichii;
b) = ~ besi merah sejenis tumbuhan (pokok atau pokok renek), hati-hati ketan, tampung besi putih, Callicarpa cana.

tampang IV

[Minangkabau]

1. biji buah dan lain-lain yang akan ditanam atau disemai, benih, bibit;
~ cacar ark benih cacar;

2. keratan tumbuhan untuk dijadikan benih:
ambil ~ tebu itu dan tanamkan di belakang rumah;

3. [kiasan] asal usul, pokok pangkal (daripada sesuatu), punca (daripada sesuatu):
inilah ~ segala kejahatan;

4. [kiasan] bakal manusia atau binatang (di dalam rahim ibu), lembaga.

tampang III

= ~ muka

1. rupa (bentuk) muka, tampan muka, paras, wajah:
biarpun kulitnya sudah mulai kerenyut di sini sana, namun ~ dan air mukanya tetap manis;
menjual ~
berlagak;

2. bentuk muka dipandang dari sisi.

tampang II

1. bongkah timah yang berbentuk seperti bata;

2. wang timah yang berharga 1/16 ringgit;
~ jongkong wang timah yang berbentuk seperti perahu;
~ roman wang timah yang berbentuk seperti bata dan padu.

tampang I

1. potongan atau keratan yang rata (seperti potongan ubi, roti, dan lain-lain), potongan yang lebar dan pipih (seperti potongan roti dan lain-lain);

2. [arkaik] garis tengah bulatan, garis pusat;

3. = ~ tembakau [Jakarta] tembakau yang berkeping-keping seperti lempeng;

menampang mengerat, memotong, menghiris;

penampang permukaan yang rata pada sesuatu barang yang dipotong di tengah-tengah muka belahan (keratan).