[Jakarta] berkemas-kemas, mengemas-ngemas, merapikan, membersihkan.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bebelak
sejenis tumbuhan (pokok), kesuma bukit, menarung gajah, Trichospermum kurzii.
bebel II
[Jakarta] sukar mengerti, sukar belajar;
bebal.
bebel I
membebel
1. mengeluarkan kata-kata secara yang tidak tersusun atau yang sukar difahami, mengomel;
2. berleter;
membebelkan membebel tentang;
bebelan kata-kata yang dikeluarkan oleh orang yang membebel, omelan.
bebek II
embek (bunyi kambing, biri-biri);
membebek mengembek;
masuk kandang kambing ~, masuk kandang kerbau menguak (peribahasa) harus pandai menyesuaikan diri pada setiap keadaan;
bebekan embek.
bebek I
[Jakarta] itik;
membebek berlaku seperti bebek (mengikut pendapat atau kata orang dengan tidak berfikir, beristeri banyak, dan lain-lain);
pembebek orang yang suka mengikut kelakuan (cakap dan lain-lain) orang lain.
bebeh
[Kedah];
membebeh, terbebeh terunjur keluar (bibir sebelah bawah).
bebe III
[Kedah] bayi, anak kecil yang masih menyusu.
bebe II
[Indonesia-Belanda] pegawai perkhidmatan awam.
bebe I
[Indonesia] = baju ~ gaun (baju perempuan cara Barat).