benjol

bengkak pada dahi, bincut:
ia kena pukul hingga ~-~ ;

berbenjol beroleh (menjadi) benjol:
rambutnya banyak yang melekap pada dahinya yang ~.

benitan

1. sejenis tumbuhan (pokok), lempunai, mempenai, Xylopia caudata;

2. sejenis tumbuhan (pokok), bedara emping, kelayu hitam, tampung kecil, Arytera littoralis;

3. sejenis tumbuhan (pokok), Goniothalamus ridleyi.

bening

1. jernih, hening:
matanya berkaca ~;
selaput ~
[Indonesia] selaput mata bahagian depan;

2. (berkenaan (dengan) suasana) hening, sunyi senyap:
suasana menjadi ~ seketika;

membeningkan
1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan;

2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan;

kebeningan keadaan bening (jernih, hening):
~ malam.

benih

1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit:
padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan ~;

2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh):
sperma atau ~ jantan;
~ cacar;

3. punca, sumber:
pelajaran ialah ~ kemajuan;

4. keturunan daripada:
~ orang bangsawan;

5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit:
~ kemesraan;
~ yang baik tak memilih tanah
= jika asal ~ yang baik jatuh ke laut menjadi pulau (peribahasa) orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya;
asal ditugal adalah ~ (peribahasa) tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dalam mengerjakan pekerjaan yang baik;

berbenih mempunyai benih;

membenih mulai wujud (timbul) sesuatu perasaan (keadaan dan sebagainya):
perasaan cinta sedang ~;

membenihkan menghasilkan sesuatu: ~ kejayaan;

pembenihan proses menanam benih, penyemaian:
~ awan telah dibuat sebagai kaedah mengurangkan kesan gelora puting beliung.

benigna

(Perubatan) tidak serius, tidak berulang-ulang dan tidak susah untuk pulih (berkenaan (dengan) tumor atau ketumbuhan):
janganlah kamu risau, doktor kata ketumbuhan pada tengkuknya itu bersifat ~ sahaja.