sejenis penyakit bengkak pada leher binatang (lembu, kerbau, dan lain-lain).
Category Archives: Kamus Dewan Online
bunduki
[sastera lama] sejenis wang emas (Venice).
bunduk
(Parsi) anak haram.
bundel
[Jawa] simpul, ikatan.
bundar II
berus (untuk membersihkan pakaian dan lain-lain).
bundar I
bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan, buntar:
penumpang sekarang menyaksikan laut yang ~ seperti dulang raksasa;
membundar nampak bundar, merupakan bundar;
membundarkan menjadikan bundar;
bundaran sesuatu yang bundar.
bundak
[Minangkabau] [arkaik] kacau, haru-biru;
membundak mengacau, menyebabkan haru-biru:
air dibundak-bundaknya dengan kedua-dua tangannya supaya yang di bawah naik ke atas.
bundai
[sastera lama] bonda.
buncit
1. besar perut, gendut:
kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~;
2. [bahasa kasar] mengandung, bunting:
Lijah sudah ~ lima bulan;
membuncit menjadi buncit, nampak buncit:
walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yang ~;
membuncitkan
1. membesarkan (perut), menggenduntukan:
~ perut;
2. [bahasa kasar] menyebabkan mengandung, membuntingkan.
buncis
= kacang ~ sejenis tumbuhan (herba), kacang kara, kacang pendek, Phaseolus vulgaris.