tengkes

[arkaik]
1. bantut (orang, binatang, dan lain-lain), kerdil;

2. kecil sebelah (jika dibandingkan dengan pasangannya).

tengkel

tahi yang berbutir-butir (tahi kambing dan lain-lain), gentel, pil, untal;

bertengkel-tengkel bergugus-gugus (buah-buahan).

tengkawang

sejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan minyak tengkawang), membatu sengkawang, damar laut, Isoptera sumatrana.

tengkaras

sejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan kayu gaharu), karas, kekaras, kayu gaharu, Aquilaria malaccensis.

tengkarap

[Johor], [Minangkabau] rosak semuanya, binasa (tentang musuh dan lain-lain), jahanam, musnah;

menengkarapkan
1. merosakkan semuanya, membinasakan, memusnahkan;

2. [kiasan] menurunkan pangkatnya, menjatuhkan dari kedudukannya (raja, pembesar, dan lain-lain).

tengkar II

= penengkar [Minangkabau] tidak mahu menurut kata (nasihat orang dan lain-lain), degil,keras kepala, tegar hati;
anak ~ anak yang keras kepala.