tengkuk I

1. bahagian leher yang di sebelah belakang, kuduk;
alur ~ = lubang ~ lekuk pada kuduk;
bulu ~
a) bulu yang tumbuh pada kuduk;
b) surai (kuda, singa);
pusar ~ = mata punai ~ kuduk yang di sebelah atas (di bawah rambut);

2. bahagian pada sesuatu benda (tangkai padi dan lain-lain) yang menyerupai kuduk:
bajunya baldu ~ kuning.

tengkujuh

musim hujan (lebat):
segala persiapan telah pun dibuat untuk menghadapi bahaya musim ~ nanti.

tengku I

gelaran bangsawan Melayu (anak atau keturunan raja);
~ mahkota putera mahkota (di Johor dan di Pahang), bakal sultan, raja muda;

bertengku memakai kata tengku.

tengkorak II

~ biawak sejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, jenjagung, ketiak, limau hutan, melaman, memali, mentua kemenyan, rejang, Acronychia laurifolia;
~ lang

a) sejenis tumbuhan (pokok), pokok madu, Aglaia argentea;
b) sejenis tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggong, kedondong hutan, kerantai, Aglaia griffithii;
c) sejenis tumbuhan (pokok), tengkohalang, Aglaia kingiana.

tengkolok

1. sejenis kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak;
~ alang destar yang lilitnya rendah;

2. sejenis kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dan lain-lain) yang dipakai oleh wanita;

bertengkolok memakai tengkolok:
kepala yang gondol tidak ~.

tengking

1. bunyi yang nyaring dan keras (seperti bunyi ringkik kuda dan lain-lain);

2. suara yang tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dan lain-lain), bentak:
abang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia tidak dapat menjawab soalan ayah;
~ herdik
bermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan;

bertengking
1. berkata dengan suara yang tinggi dan keras (membentak-bentak, mengherdik, dan lain-lain);

2. bertengkar, berbantah;

menengking
1. berkata-kata dengan suara yang keras;

2. memarahi dengan suara yang keras, membentak, mengherdik:
janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yang kecil;