teres

1. kawasan tanah datar yang ketinggian dan bertingkat-tingkat (biasanya ditumbuhi rumput, untuk bercucuk tanam, dan lain-lain), tebing atau pantai yang ketinggian (di sepanjang pantai, sungai);

2. tanah dan lain-lain yang ditinggikan di depan rumah;

meneres membuat teres:
hanya empat belas peratus sahaja negeri Jepun yang boleh ditanam, termasuklah tepi bukit yang diteres.

terentang I

sejenis tumbuhan (pokok), napan, serentang, Campnosperma auriculata;
~ bukit
sejenis tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, kabau, semincang, Allophylus glaber;
~ jantan
sejenis tumbuhan (pokok), Campnosperma minor;
~ manuk
sejenis tumbuhan (pokok), bentangur otak udang, berjagung, habung ayam, katak (keretak) udang, medang ampas (udang), pauh pipit, pokok seudang, rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessilifolia;
~ tikus
sejenis tumbuhan (pokok), katak (ketak) udang, otak udang, pauh pipit, puan, Buchanania lucida.

terendak II

siput ~ sejenis siput, Xenophora solaris.

Terengganu negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 13 080 km2, Kuala Terengganu sebagai ibu negeri, Darul Iman.