terima

[bahasa percakapan] mendapat, memperoleh, menyambut (sesuatu):
kemudian ia hendak bayar kepada saya separuh, tiadalah saya mahu ~;
(mengucapkan) ~ kasih
(mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu);
~ nasib berserah kepada takdir sahaja;
~ salah mengaku akan kesalahan diri;
~ syukur bersyukur kepada Tuhan;

berterima [arkaik] (telah) diterima, (telah) dikabulkan;
~ kasih mengucapkan syukur;

menerima
1. mengambil (mendapat, menadah, dan lain-lain) sesuatu yang diberikan:
adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?;

2. menyambut kedatangan orang (tetamu dan lain-lain):
kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami;

3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu permintaan (permohonan dan lain-lain), menyetujui (sesuatu usul dan lain-lain), membenarkan, mengesahkan:
ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah untuk ~nya;

4. mendapat atau menderita sesuatu (dengan berserah sahaja):
~ nasib;

5. berpendapat bahawa …, memandang (sebagai), menganggap (sebagai):
ia ~ jawabanku sebagai penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dan lain-lain), mengizinkan (masuk dan lain-lain):
mereka pun diterima sebagai anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat:
beliau telah ~ tawaran untuk bekerja sebagai pengurus di syarikat itu;
~ panjang tangan, menghulur sekali belum
(peribahasa) perangai orang yang tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi;

menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan;

penerimaan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) menerima, penyambutan:
bayaran dan ~ barang-barang yang dibeli;

2. sambutan, nilaian, penghargaan:
bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara?;

3. keizinan (masuk dan lain-lain), kebenaran:
beliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid darjah satu;

4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan:
janganlah tuan takut dan ngeri kepada kakang dan janganlah tuan salah ~;

penerima
1. orang atau alat yang menerima sesuatu;
pesawat ~ pesawat radio untuk menangkap siaran radio;

2. mudah menangkap (ajaran dan lain-lain), terang hati;

3. sentiasa berserah (kpada takdir dan lain-lain).

terik Il

burung ~ canai sejenis burung, burung kuning, burung kunyit-kunyit, burung nangka, kependang, setempukan, Oriolus chinensis.

terik I

1. tidak mudah terlucut atau terbuka (ikatan), erat, kuat, teguh;

2. sempit dan mencerut (seluar dan lain-lain), ketat, sempit:
seluar yang ~;

3. amat sangat (panas matahari):
panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala;

4. [kiasan] sukar (pekerjaan), sulit;

5. [Kelantan] tidak kendur (tali dan lain-lain), tegang, sering:
tali itu diregang dengan ~ ;

menerikkan
1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan;

2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan.

teriba

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok renek untuk ubat kurap), Rhinacanthus nasutus.

teriakan

seruan dengan suara yang keras dan nyaring (untuk memanggil, menarik perhatian, dan lain-lain), jeritan, laungan, pekikan.

teriak

1. teriakan;

2. [Kedah], [Kelantan] tangis;

berteriak
1. berseru (memanggil dan lain-lain) dengan suara yang keras dan nyaring, melaung, memekik:
maka ~lah kawan bertanya, Perahu dari mana ini?;

2. [Kedah], [Kelantan] [bahasa percakapan] menangis;

meneriak memanggil (menyeru, melaung) dengan suara yang keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh;

meneriaki [arkaik] memanggil dengan berteriak;

meneriakkan
1. menyerukan sesuatu dengan suara yang keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan:
budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas;

2. menyerukan atau menawarkan (dengan berteriak):
kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya;

3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dan lain-lain), melaung-laungkan, mempropagandakan:
semboyan yang diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana;