terminografi

proses merakamkan data tentang istilah yang merangkumi konsep, sistem konsep, maklumat linguistik, sumber istilah dan kemungkinan pertambahan atribut pada masa akan datang.

terminal

1. yang merupakan batas, yang terakhir, hujung;

2. stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dan lain-lain tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan);

3. pangkalan tempat barang-barang mentah dipunggah dan disimpan (dan kadang kala diproses):
~ minyak Iran di Pulau Rharg;

4. alat atau pesawat komputer yang mempunyai hubungan atau talian menerima dan mengeluarkan data dengan pesawat induk komputer.

terma II

(Undang-undang)

1. peruntukan yang terkandung atau peraturan yang dikenakan dalam sesuatu kontrak:
~ dalam perjanjian insurans itu mungkin boleh mengehadkan atau menidakkan tuntutan saudara;

2. perkara yang kepadanya tertakluk sesuatu keistimewaan;
~ jawatan (Tadb) perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipegang oleh seseorang, seperti faedah persaraan, hak pencen, tempoh jawatan, gaji dan sebagainya.

terlak

[arkaik] sejenis silat atau pencak;
tukang ~
a) tukang silat (pencak), pendekar;
b) orang yang suka berkelahi, jagoan, samseng;

teralak.