perkara (yang dibincangkan, dipercakapkan, dipelajari, dan lain-lain).
Category Archives: Kamus Dewan Online
topiari
seni memangkas dan membentuk pokok renek menjadi bentuk hiasan, seperti bentuk binatang dan sebagainya.
topi
1. tutup kepala (model Eropah);
2. [Pulau Pinang], [bahasa percakapan] songkok;
~ baja (besi) topi yang dibuat daripada besi;
~ cetok [Jawa] sejenis cepiau;
~ gabus sejenis topi yang bentuknya lonjong;
~ keledar topi yang dipakai penunggang dan pembonceng motosikal;
~ pandan (tikar) topi daripada anyaman pandan;
~ kelepet songkok (yang boleh dilipat-lipat);
bertopi memakai topi:
askar yang ~ besi.
topes
[arkaik] lereng (tebing dan lain-lain) yang curam.
topeng
1. sesuatu yang dipakai untuk menutup muka yang berupa muka orang atau binatang dan lain-lain (dibuat daripada kertas, kulit, dan lain-lain), kedok;
2. penutup muka (supaya jangan dikenali dan lain-lain);
3. = main ~ sejenis pertunjukan wayang yang seluruh pelakonnya memakai topeng;
4. ki perkataan (perbuatan dan lain-lain) yang muluk-muluk untuk mengabui mata orang:
dengan ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak menjajah;
~ gas alat bantu pernafasan yang dipakai untuk melindungi seseorang daripada tersedut gas beracun;
bertopeng menutup muka dengan topeng, memakai topeng, berkedok;
bertopengkan, mempertopeng [kiasan] memakai sesuatu sebagai topeng, memperkedok:
dengan ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung;
menopeng bermain topeng;
menopengi
1. memberi (menjadikan) bertopeng;
2. [kiasan] menyelindungkan (menyembunyikan) maksud sebenar.
topekong
1. gambar atau patung yang dipuja-puja (disembah-sembah) di rumah berhala, berhala;
2. rumah berhala.
topek
[arkaik];
menopek menghiris (daging) tipis-tipis.
topdal
buku peringatan harian dalam pelayaran (mencatatkan laju kapal, keadaan angin, dan lain-lain).
topaz
sejenis batu permata yang biasanya berwarna perang kekuningan.
topang II
[Minangkabau];
bertopang
1. dibantahi, disangkal, ditegah:
segala perintahnya tidak ~ ;
2. berbantah, bertengkar:
suka ~ dengan sesiapa juga;
menopang membantahi, menegah, menentang.