laluan melengkung yang diikuti oleh sesuatu objek, misalnya projektil, yang bergerak di ruang udara atau angkasa.
Category Archives: Kamus Dewan Online
trai
perbuatan meletakkan bola melewati garisan gol pihak lawan (dalam permainan ragbi).
tragis
[Indonesia-Belanda] sangat sedih, sangat menyedihkan:
cerita itu mengisahkan percintaannya yang ~.
tragikomedi
drama atau lakonan yang menggabungkan kedua-dua unsur tragedi dan komedi.
tragik
penuh tragedi, menyedihkan:
peristiwa ini mengandungi humor dan ~ sekali gus.
tragedi
1. cerita (sandiwara, lakonan) yang mengisahkan peristiwa dan lain-lain yang sedih:
persatuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut;
2. peristiwa (keadaan dan lain-lain) yang sedih atau menyedihkan:
sajak itu menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan penderitaan.
trafik
lalu lintas (kereta, kapal terbang, dan lain-lain);
pegawai kawalan ~ udara pegawai yang mengawal lalu lintas di udara;
polis ~ polis yang mengawal lalu lintas;
~ udara pergerakan lalu lintas pesawat udara secara teratur dalam sesuatu ruang udara.
tradisionalisme
fahaman (pegangan, anutan, dan sebagainya) yang berdasarkan tradisi.
tradisionalis
pendukung fahaman (ajaran, dan lain-lain) yang berdasarkan tradisi:
reaksi golongan ~ yang mempercayai bahawa ahli hukum Islam telah menyelesaikan masalah sepanjang zaman.
tradisional
berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi:
dalam kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~;
masyarakat ~ masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun;
ketradisionalan keadaan atau sifat yang tradisional:
~nya itulah yang dipuji dan dipuja oleh orang asing.