trampolin

alat berupa helaian kanvas yang direntangkan dan diikatkan pada pemidang dengan menggunakan spring, terutamanya digunakan oleh ahli gimnastik dan akrobatik untuk melakukan lonjakan, balik kuang dan sebagainya.

traktor

kenderaan bermotor yang mempunyai dua roda belakang yang besar, yang biasanya digunakan untuk menarik beban seperti mesin bajak atau mesin tua:
sebuah ~ sedang meratakan tanah.

traktir

[Indonesia-Belanda];

mentraktir [bahasa percakapan] membelanja makan atau minum (di kedai), menjamu (di kedai makan dan lain-lain):
dia bilang dia mahu ~ bir berbotol-botol.

traktat

[Indonesia-Belanda] perjanjian antarabangsa (seperti perjanjian persahabatan dan lain-lain).

trakoma

(Perubatan) sejenis penyakit mata yang berjangkit (menyebabkan kelopak mata sebelah dalam berbintik-bintik merah).

trakea

(Biologi) tiub yang menyalurkan udara masuk ke dalam paru-paru vertebrat, batang tenggorok.

trak

lori berat:
kami mengikutnya keluar stesen besar itu dan melihat beberapa buah ~ tentera menunggu.