ukuran banyaknya benang (1 tukal = 16 rian, 16 tukal = 1 bantal).
Category Archives: Kamus Dewan Online
tukai
menukai [arkaik] menugal (ladang dan lain-lain);
tugal.
tukah
[Terengganu] sejenis pari kecil.
tujuh
bilangan enam ditambah satu (7), angka 7;
~ belas 17;
~ puluh 70;
bintang ~ nama gugusan bintang yang tujuh banyaknya, Pleiades;
~ keliling [Jakarta] sakit kepala yang amat sangat;
~ likur malam yang kedua puluh tujuh (dalam bulan Ramadan);
ketujuh-tujuh tujuh-tujuh sekali, tujuh semuanya:
~ anaknya sudah dewasa dan berjaya dalam hidup masing-masing;
~ majalah ini mempunyai khalayak sasarannya yang berlainan;
bertujuh tujuh jumlahnya, tujuh (orang dan lain-lain) semuanya;
menujuh ~ bulan mengadakan kenduri pada ketika orang mengandung tujuh bulan;
~ hari mengadakan kenduri pada hari yang ketujuh selepas seseorang meninggal;
penujuh kenduri kerana menujuh hari.
tuju II
jampi (mantera dan lain-lain) yang dibaca untuk membuat orang jatuh sakit atau mati:
ayahanda lepaskanlah ~ ini;
menuju menggunakan (melepaskan) tuju pada:
~ orang sampai mati.
tuju I
1. arah, hala, jurusan:
ke mana ~nya?;
2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran;
setuju
1. = setujuan sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dan lain-lain):
dasar perjuangan kita adalah ~;
2. = bersetuju tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain), semuafakat, sependapat:
aku ~ dengan kata-katanya;
3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai:
jikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dengan tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dengan ertinya;
4. [arkaik] = bersetuju tertarik hati kepada, berasa senang akan, berkenan:
jika tuan ~ ambillah;
5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dengan), bertepatan (dengan);
menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dengan, tidak menentang atau membangkang (pendapat dan lain-lain), membenarkan, mengiakan:
rasa berat hati anakanda hendak ~nya;
permintaan itu dipersetujuinya;
menyetujukan, mempersetujukan menjadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan;
persetujuan
1. pernyataan setuju (memperkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan:
pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya;
2. sesuatu yang telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yang dicapai, perjanjian:
akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dengan modal lima puluh ringgit seorang;
3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian;
menuju
1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke:
maka kedua-dua hulubalang itu berjalanlah ~ gunung itu;
2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala:
pembuluh ini masuk ~ ke hati;
3. membalingkan (melontarkan) kepada:
melempar ~ tampuk;
4. menghendaki, memaksudkan:
engkau yang ditujunya, tetapi yang lain yang didapatinya;
5. bermaksud untuk mencapai, bertujuan untuk menuntut sesuatu:
segala perintah dan hukumnya itu ~ kepada suatu perkara yang besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga;
menujui menuju:
tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yang ditujui;
menujukan
1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke:
kapal itu hendak ~ haluannya ke laut;
2. mengalamatkan kepada, mengarahkan kepada, menyampaikan kepada:
Radio Malaysia sedang merancang siaran dalam bahasa Perancis yang ditujukan kepada pendengar di Vietnam;
tertuju
1. kena tuju, dituju;
2. = ~ kepada diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, ditujukan) kepada:
kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani;
3. [kiasan] tertumpu (pada):
fikirannya ~ kepada gadis genit itu;
tujuan
1. arah, hala, haluan;
2. yang dituju, maksud, matlamat, tuntutan:
tiap-tiap manusia berusaha untuk mencapai ~ ini;
~ penderita = pelengkap ~ [Indonesia] objek (dalam ayat), penyambut (dalam ayat);
bertujuan
1. mempunyai tujuan, ada yang dituju (dimaksudkan), berhaluan:
nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka;
2. [Indonesia] memakai penyambut atau objek (ayat dan lain-lain);
ketuju;
~ di hati
a) tertarik hati, terpikat hati, suka;
b) yang disukai, yang digemari;
diketujui [arkaik] disukai, digemari;
penuju;
~ di hati ketuju di hati.
tuji
[sastera lama] berulang-ulang (melakukan sesuatu), bertubi-tubi, berturut-turut.
tujal
tunjal.
tujah
menujah menusuk dengan benda tajam (lembing, tombak, dan lain-lain) dari atas ke bawah, menohok, meradak:
mata pena itu cuma ditujah-tujah pada kertas;
menujahkan menusukkan tombak (lembing dan sebagainya) arah ke bawah, merohokkan;
tertujah ditujah oleh, tertusuk, tercucuk:
kakinya ~ duri nibung;
tujahan hasil menujah, tusukan:
harimau itu langsung tidak menghiraukan ~ lidi sumpitan yang bertali arus memacak pada tubuhnya.
tuja
[Johor] tuju.