[Jawa];
macan ~ harimau bintang.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tutuk II
sejenis tumbuhan (pokok), kangsar, Hibiscus fioccosus.
tutuk I
menutuk mengetuk atau memukul perlahan-lahan.
tutuh
menutuh
1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas:
ia sedang ~ dahan-dahan nangka;
2. [sastera lama] memecahkan perahu dan lain-lain untuk diambil kayunya:
maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang;
3. [bahasa kasar] melakukan sesuatu yang umumnya kurang baik (makan suap dan lain-lain);
4. [bahasa kasar] memukul, menumbuk;
rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi (peribahasa) barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat.
tutu II
1. pakaian sendat yang dipakai bersama skirt pendek yang keras oleh penari balet wanita;
2. sejenis skirt pendek dan keras yang dipakai oleh penari balet wanita.
tutu I
bertutu berbunyi (burung ketitir).
tut-tut II
kenderaan beroda tiga dan berbumbung yang digunakan sebagai pengangkutan awam di Thailand.
tut-tut I
[bahasa percakapan] tiba-tiba, tengok-tengok.
tutorial
kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor.
tutor
pembimbing mahasiswa dalam mata pelajaran tertentu di universiti.