[arkaik] lapisan udara yang meliputi bumi, atmosfera.
Category Archives: Kamus Dewan Online
udara
1. campuran berbagai-bagai jenis gas yang terdapat di atas muka bumi, hawa:
oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yang tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu;
2. ruang yang di atas muka bumi yang berisi hawa, angkasa, awang-awang:
debu berterbangan di ~;
3. berkaitan dengan penerbangan atau pergerakan menerusi udara;
angkatan ~ pasukan tentera yang menggunakan kapal terbang;
kapal ~ = pesawat ~ [Indonesia] kapal terbang;
pelabuhan ~ lapangan terbang;
pos ~ kiriman (surat, bungkusan, dan sebagainya) yang dibawa dengan kapal terbang;
tetuang ~ ark radio;
4. keadaan hawa (cuaca, hari):
indah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman;
5. [kiasan] keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, suasana:
hati manusia di seluruh dunia berdebar-debar apabila melihatkan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah;
mengudarakan memberi (memasukkan) udara;
pengudaraan perihal menggantikan udara lain.
udar II
[Brunei] mengikat tegang-tegang tali kapal (yang berlabuh).
udar I
[Jawa] [arkaik] terurai;
mengudar mengurai atau menguraikan (tali dan lain-lain).
udap
udap-udapan sejenis makanan seperti rojak atau gado-gado;
kudap.
udani
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, akar puntianak, (ara) dani, redani, selimpas, Quisqualis indica.
udang II
burung ~ sejenis burung, Totanus spp.;
burung raja ~ sejenis burung
a) Alcedo atthis bengalensis;
b) Alcedo meninting verrauxii.
udang I
sejenis binatang yang hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor);
jenis-jenisnya:
~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dan lain-lain;
~ kering udang yang dikeringkan;
kepala ~ ki bodoh benar;
bongkok ~ melengkung badannya seperti udang;
keropok ~ keropok yang dibuat daripada udang;
pulut ~ sejenis makanan daripada pulut yang berintikan udang yang bercampur dengan kelapa yang diparut;
~ hendak mengata(i) ikan (peribahasa) kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari;
~ merentak dalam tangguk (peribahasa) orang yang tidak tetap laku dan kedudukannya;
~ tak tahu dibongkoknya (peribahasa) orang yang tidak insaf dengan kekurangan diri sendiri;
bagai ~ dalam tangguk (peribahasa)
a) menggeletek-geletek kerana kesukaan;
b) dalam kesukaran;
bagai ~ tahi di kepala (peribahasa) banyak hutangnya;
banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya (peribahasa) kegemaran (kemahuan, fikiran, dan lain-lain) tiap-tiap orang itu tidak sama;
berudang ada udang, terdapat udang;
~ di balik batu (peribahasa) ada sesuatu yang tersembunyi daripada yang dilahirkan dengan mulut atau dengan perbuatan.
udam
[arkaik] muram, suram:
sari merah yang sudah ~ coraknya.
udak
[Jakarta];
mengudak mengikut dari belakang, memburu, mengejar, menguber.