capai I

mencapai
1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dan lain-lain);

2. bertemu dengan, sampai ke:
Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5;
ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima;

3. mendekati, memikat (hati dan lain-lain):
dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali;

4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dan lain-lain), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dan lain-lain):
ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu;

5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha:
bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh;

tercapai (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana;

tercapaikan dapat dicapai:
mereka tidak akan ~ maksud aku;

sepencapai sedapat (sehingga, sejauh) tangan mencapai, sejengkau;

capaian (Komputer) proses memasuki ruang simpanan untuk menyimpan atau memperoleh kembali data dalam komputer;

pencapaian apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi:
Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum;
isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel.

berkongsi