campur

1. = bercampur bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dalam satu kumpulan;
logam ~ dua atau lebih jenis logam yang disatukan;

2. (dalam ilmu hisab) ditambah kepada atau disatukan dengan (angka yang dinyatakan):
dua ~ tiga, jumlahnya lima;
kira-kira ~
kira-kira yang menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah;
~ bicara = ~ mulut masuk campur (dalam hal orang dan lain-lain);
~ tangan
a) mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain);
b) terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain;

bercampur
1. bergaul (berbaur, berkacau, dan lain-lain) menjadi satu:
asid ini banyak ~ dengan air;

2. [bahasa percakapan] (berkenaan (dengan) pasangan suami isteri) bersama dalam hubungan suami isteri:
ia ~ dengan Rusiah baru tiga musim;

3. berkawan, bergaul:
wanita Cina itu sudah lama ~ dengan orang Melayu;~ bicara = ~ mulut masuk campur dalam (hal orang dan lain-lain);
~ dengan rata bergaul dengan betul-betul sebati;
~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dengan;
~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai;
~ tangan campur tangan;
~ dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak (peribahasa) bercampur dengan orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga;
minyak dengan air adakah ~ (peribahasa) orang baik kalau bercampur dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat;

bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk;

mencampuri
1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur:
susu itu jangan dicampuri air;

2. bercampur dengan:
benda apa yang ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?;
emas yang sudah dicampuri logam;

3. turut campur dalam sesuatu urusan (hal orang dan lain-lain):
negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yang tertentu dengan tidak dicampuri oleh pemerintah pusat;

4. bergaul (bersama) dengan:
golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri;

5. mengadakan hubungan kelamin:
semasa dalam ihram suami tidak boleh ~ isteri;

mencampurkan
1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur:
kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan;

2. menjadikan bercampur dua atau lebih benda (hal):
jangan dicampurkan barang itu;

3. menghubungkan atau mengaitkan:
saya tidak ada perhubungan dengan pemerintah, tidak ada niat saya ~ nya;

4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi;

tercampur sudah bercampur, tergaul, terkacau;

campuran
1. sesuatu yang bercampur;

2. benda-benda yang dicampurkan atau untuk dicampurkan;

3. gabungan, sebatian;

percampuran
1. perihal bercampur atau bercampur aduk:
walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dengan ciri-ciri moden tetap berlaku dalam hidup masyarakat di mana-mana;

2. pergaulan:
dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yang terlalu bebas itu;

3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri:
ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dalam ~nya dengan isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan;

pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kepada sesuatu yang lain:
~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan.

berkongsi