cair

1. tidak keras dan tidak seperti gas (boleh mengalir seperti air), encer, tidak pekat:
air raksa ialah benda yang ~;
susu ~;
logam kalau dipanaskan menjadi ~;

2. [kiasan] bocor (berkenaan (dengan) rahsia, berita, dan lain-lain);

3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dan sebagainya):
kekerasan hatinya ~ seperti lilin terkena bahang api;

4. (Ekonomi) mudah ditukarkan kepada wang tunai;
~ loler [Kelantan] terlalu cair;
~ otak pandai;

mencair menjadi cair:
lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat;

mencairkan
1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan:
pemanasan itu ~ minyak yang beku;

2. (Ekonomi) menukarkan aset kepada wang tunai:
para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yang terbeku selama setahun;

3. [kiasan] menjadikan perasaan (semangat dan sebagainya) berkurang atau lemah:
suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi;

cairan sesuatu benda yang sudah dicairkan, enceran;

kecairan
1. perihal cair;

2. (Ekonomi) kebolehan untuk menukarkan sesuatu aset kepada wang tunai dengan mudah dan cepat;

3. (Ekonomi) adanya pembeli dan penjual yang mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pada harga yang berpatutan untuk mengekalkan keadaan pasaran yang stabil;

pencairan
1. proses mencair atau mencairkan;

2. (Ekonomi) proses menukarkan (menjual) aset kepada tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat;

pencair bahan (seperti air dan sebagainya) untuk mencairkan sesuatu.

berkongsi