1. bahagian tumbuhan untuk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum:~ jambu;
~ melati;
~ raya;
2. lukisan (pada kain dan lain-lain);
~ pamor lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris;
3. = ~ tayar bahagian permukaan tayar yang rupanya seperti hiasan (ukiran atau corak);
4. = ~ wang bayaran (tambahan) yang dikenakan ke atas atau diperoleh daripada wang yang dipinjamkan, keuntungan kerana meminjamkan wang, faedah, anak wang:
~ yang dikehendaki oleh pinjaman Amerika sebanyak 5% itu seharusnya tidak perlu;
5. [kiasan] sesuatu yang dianggap cantik (indah dan lain-lain) yang dapat disifatkan seperti kembang:
kecantikan parasnya sudah cukup untuk menjadikan dia ~ majlis dalam perkumpulan;
6. alamat atau tanda akan bermulanya sesuatu peristiwa dan lain-lain:
pengetahuan yang diperolehnya itu subur mengeluarkan bukan setakat ~-~ kekacauan malah menghasilkan juga penyelewengan;
~ angin ribut permulaan;
~ api
a) nyala api yang berterbangan (meloncat);
b) = kembang ~ sejenis mercun yang mengeluarkan api yang merupakan bunga (lukisan dan lain-lain);
~ bahasa ungkapan yang terdiri daripada kiasan (simpulan bahasa dan peribahasa) untuk memperindah percakapan;
~ baki hutang (Ekonomi) bunga atau bahagian pinjaman yang belum dilunaskan;
~ bangsa pemuda harapan bangsa;
~ barah (puru, kusta) bintik putih-putih pada kulit tanda mulai dihinggapi penyakit barah dan lain-lain;
~ betina bunga yang berpistil sahaja;
~ biasa = ~ tepat bunga mudah yang dikira berdasarkan 360 hari setahun;
~ bibir
a) kata-kata yang manis;
b) buah mulut;
~ buatan bunga yang dibuat daripada kertas (plastik dan lain-lain);
~ butang sejenis tumbuhan (herba), pokok serunai, serunai laut, Wedelia bifiora;
~ dua jantina bunga yang stamen dan pistilnya terdapat pada kuntum bunga yang sama;
~ dulu betina bunga yang pistilnya lebih dahulu masak daripada stamen;
~ dulu jantan bunga yang stamennya lebih dahulu masak daripada pistil;
~ jantan bunga yang berstamen;
~ karang sejenis tumbuh-tumbuhan pada karang;
~ kehidupan kesenangan hidup;
~ kekasar sejenis tumbuhan (pokok yang berbuah), gajus (kajus), jambu monyet (golok, iros, terung), Anacardium occidentale;
~ kertas
a) bunga yang dibuat daripada kertas (untuk perhiasan rambut dan lain-lain);
b) sejenis tumbuhan (pokok yang berbunga), Bougainvillea spp.;
~ ketar bunga kertas pada dawai (perhiasan rambut pengantin perempuan);
~ kuku bahagian yang putih pada pangkal kuku;
~ kundai (sanggul, sisir) bunga buatan untuk perhiasan kundai (sanggul, sisir);
~ lagu patah lagu yang biasanya terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu;
~ (se)lengkap sekuntum bunga yang mempunyai salut, ranggi, stamen dan pistil;
~ mas
a) bunga yang dibuat daripada emas;
b) sejenis bunga daripada emas yang dahulu diberikan oleh Sultan Kedah sebagai ufti kepada raja Siam;
~ mudah (Ekonomi) bunga yang dikira dengan mendarabkan kadar bunga tahunan dengan jumlah pokok;
~ padi
a) bunga pokok padi;
b) sejenis jahitan;
~ pasir pasir halus-halus yang terapung di permukaan air;
~ pending tepi pada bakul;
~ rampai
a) beberapa jenis bunga harum yang dicerai-ceraikan kelopaknya dan dicampur dengan daun pandan yang dihiris halus-halus;
b) kumpulan cerita yang baik-baik;
c) lagu-lagu pilihan;
~ raya
a) sejenis tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, Hibiscus rosa sinensis;
b) perempuan jalang;
~ sejantina bunga yang stamen dan pistilnya terdapat pada kuntum bunga yang berlainan;
~ sena
a) bunga pokok sena;
b) [Kelantan] nira nyiur sewaktu mulai menggelegak (pada masa membuat gula melaka);
~ serunai
a) bunga teluki;
b) sejenis tumbuhan yang berbunga kuning, Weldelia biflora;
c) [Melaka] cincin yang dibawa sewaktu pergi meminang sebagai tanda bertanya;
~ sinar ranggi pada jenis bunga matahari;
~ sirih [Perlis] sirih pengantin;
~ tanah lapisan tanah sebelah atas yang subur;
(akar) ~ tanjung sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perah, akur, Illigera appendiculata;
~ telur telur yang dihadiahkan kepada tetamu yang hadir dalam sesuatu majlis perkahwinan (biasa diberi bertangkai dan disertai dengan hiasan bunga atau diberi berbekas);
~ bukan sekuntum = kalau ~ tidak sekuntum = ~ tak sekaki, kumbang tak seekor (peribahasa) laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini;
~ dipersunting, sudahnya akan layu (peribahasa) sesuatu yang dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang);
~ dipetik, perdu ditendang = ~nya dipersunting, pangkalnya diberaki (peribahasa) isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci);
~ gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur (peribahasa) setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua);
~ kembang berbalik kuncup (peribahasa) mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar;
~ yang harum itu ada durinya (peribahasa) yang megah itu ada juga celanya;
~ yang layu balik kembang (peribahasa) tatkala ternyata kebenaran seseorang yang tertuduh;
buang ~ ke jirat (peribahasa) berbudi kepada seseorang yang tidak mengenang (memerlukan) budi orang;
di mana ~ yang kembang, di situ kumbang yang banyak (peribahasa) di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki;
kalau dicampak ~, tak akan dibalas dengan tahi (peribahasa) kalau kita berbuat baik kepada orang, tidak akan dibalasnya dengan kejahatan;
laksana ~ dedap, sungguh merah berbau tidak (peribahasa) orang yang elok dan tampan tetapi tiada berbudi;
laksana kera dapat ~ (peribahasa) tiada dapat menghargai barang yang bagus;
lempar ~ dibalas dengan lempar tahi (peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;
sayang ~ layu di pohon (peribahasa) perihal seorang gadis yang tiada bersuami hingga tua;
sebab kasih akan ~ setangkai, dibuang ~ seceper (peribahasa) kerana kasih seseorang disia-siakan orang yang banyak;
umpama kasihkan ~ seceper, terbuang ~ sekaki (peribahasa) kerana kasihan kepada orang banyak, disia-siakan kaum yang seorang;
seperti ~, sedap dipakai layu dibuang (peribahasa) dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dan lain-lain);
bunga-bungaan
1. berbagai-bagai jenis bunga:
ditanamnya kayu-kayuan dan ~;
2. bunga buatan (lukisan dan lain-lain);
3. pemolek (hiasan):
pertuturan yang penuh dengan ~;
berbunga
1. mempunyai (mengeluarkan) bunga:
pokok durian sudah mulai ~;
2. = berbunga-bunga berhias dengan gambar atau lukisan bunga:
kain hitam ~ merah;
3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dengan) kata-kata yang indah:
bahasanya ~;
4. [kiasan] berhias (disertai) dengan:
wajahnya ~ senyuman yang manis;
5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah:
pinjaman yang tidak ~;
6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dan lain-lain):
segala usaha dan jerih kita sudah ~;
7. ada bunganya (berkenaan (dengan) tayar):
keempat-empat tayarnya masih ~;
8. bertanda corak timbul (yang dibuat dengan mesin):
getah asap ~;
membunga
1. menyerupai bunga;
2. membuat corak timbul (pada getah keping) dengan menggunakan mesin;
membungai 1. = membunga-bungai menghias dengan bunga, memperelok dengan bunga;
2. memberi bunga (wang dan lain-lain);
3. menghias:
setiap wajah dibungai senyuman;
membungakan meminjamkan dengan syarat mendapat bunga:
~ wang;
memperbungakan membungakan (wang);
kebungaan bentuk hiasan yang berbunga:
perhiasan digabungkan dengan latar belakang dekoratif ~.