buang

~ air besar bhberak;
~ air kecil [bahasa halus] kencing;
~ angin keluarnya angin biasanya berbau busuk dari perut melalui dubur, kentut;
~ kerja hukuman memberhentikan atau memecat seseorang daripada kerja atau jawatannya;
~ negeri (daerah) hukuman yang dikenakan ke atas seseorang dengan memaksanya keluar dari sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya;
hukuman ~ hukuman pengasingan (ke tempat yang jauh dan terasing);

membuang
1. mencampakkan, melemparkan:
dalam permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak;
dicegah ~ sampah di sini;

2. menghapuskan, menghilangkan:
akhiran kan pada akhir perkataan ini harus dibuang;

3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan:
tidak perlu ~ wang serupa itu;
~ tenaga;

4. menghukum dengan jalan mengasingkan ke tempat yang jauh (terasing):
raja itu hendak ~ puteranya yang derhaka ke tempat yang jauh;

5. menghentikan (sesuatu tabiat dan lain-lain):
tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung;
~ adat
tidak mengendahkan adat;
~ agama keluar daripada agama;
~ aksi [Indonesia] membuat-buat supaya elok kelihatan;
~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib);
~ baka mencemarkan nama baik keluarga;
~ belakang
a) lari (melarikan diri);
b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu);
~ bicara (membebaskan seseorang daripada dakwaan (mahkamah dan lain-lain);
~ bini menceraikan bini;
~ buruk luruh buahnya yang tidak elok (pokok);
~ cangerai membuang sial;
~ dadu melemparkan dadu (dalam permainan);
~ darah membekam (mengeluarkan darah);
~ diri
a) menjauhkan diri ke tempat lain;
b) menarik (mengasingkan) diri;
c) membunuh diri;
~ hamil menggugurkan anak (yang dalam kandungan);
~ hidup menghukum buang;
~ hingus mengeluarkan hingus dari dalam hidung;
~ langkah
a) berjalan, berlari;
b) melangkah ke belakang (dalam permainan pencak);
~ malu
a) menghilangkan aib;
b) membalas dendam (menebus malu);
c) menyunati (anak dan lain-lain);
~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa;
~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang;
~ muka
a) berpaling (kerana tidak hendak melihat);
b) tidak mempedulikan;
~ mulut mengatakan sesuatu dengan samar-samar (tidak terus terang);
~ nahas menolak bala (dengan mandi safar);
~ nyawa
a) mati;
b) menebus dengan nyawa, mengorbankan nyawa;
~ pelawa mengajak, mempelawa;
~ sepanjang adat mengeluarkan daripada adat;
~ sauh menjatuhkan sauh;
~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial;
~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat;
~ sikap (tingkah) berjalan dan lain-lain dengan dibuat-buat;
~ tabiat berkelakuan lain daripada biasa;
~ tangan mengayun tangan untuk memukul dan lain-lain (dalam pencak);
~ tunang [kata seru] memutuskan pertunangan;
~ ubat (tembakan) menembak dengan tidak tentu sasaran;
~ undi menentukan sesuatu dengan undi;
laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah (peribahasa) orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan;

membuangkan membuang untuk orang lain;

terbuang
1. sudah dibuang;

2. sia-sia, tidak berguna;

terbuang-buang tersia-sia;

buangan
1. sesuatu yang dibuang (sampah dan lain-lain);

2. (orang) yang dibuang (dihukum buang);

3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri:
kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dalam ~;
kerajaan ~
kerajaan yang dibentuk di negeri luar (untuk melawan kerajaan yang ada);

pembuangan
1. perihal membuang(kan);

2. tempat membuang (sampah dan lain-lain);

3. tempat hukuman (orang yang dihukum buang);

pembuang orang yang membuang sesuatu.

berkongsi