1. bunyi seperti bunyi air yang memancar dari mata air (air mendidih dan lain-lain), buak, gelegak;
2. pancaran (luapan) air (daripada mata air atau air mendidih):
~ air mendidih;
3. omong kosong, borak:
jemu aku mendengar ~ mereka;
berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air daripada mata air dan lain-lain), menggelegak, meruap:
di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yang membual dari dalam tanah;
2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong:
kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu;
~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yang tidak penting, beromong-omong kosong;
membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan:
ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;
bualan bual;
perbualan
1. perihal berbual (membual), percakapan:
~ mereka terhenti seketika;
2. bahan untuk berbual, perkara yang dibualkan (dipercakapkan), percakapan:
kisah itu menjadi ~ orang ramai;
pembual (orang yang) suka berbual.