buah

1. bahagian tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik (biasanya berbiji):
pokok ini sudah ada ~nya;

2. biji yang agak besar dan keras:
~ kemiri;
~ keras;

3. benda yang menyerupai buah tertentu;
~ bidara
a) manik yang menyerupai buah bidara;
b) gula-gula yang menyerupai buah bidara;
~ berembang
a) bulatan pada puncak tiang bendera dan lain-lain;
b) bekas kapur yang menyerupai buah berembang;
~ melaka
a) buah pokok melaka;
b) sejenis kuih, onde-onde;

4. bahagian (badan manusia dan lain-lain) yang menyerupai buah;
~ betis jantung betis, daging pada betis;
~ lengan otot besar pada lengan atas;

5. bermacam-macam benda bulat;
~ baju butang;
~ guli kelereng;

6. penjodoh bilangan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu):
se~ rumah;
beberapa ~ kerusi;

7. [kiasan] hasil sesuatu perbuatan (usaha dan lain-lain), akibat:
segala usahanya tidak memberi ~;

8. [kiasan] bahan, pokok, pangkal;
~ cakap
a) pokok percakapan;
b) hasil percakapan;

9. pergerakan atau teknik dalam seni silat untuk mematahkan serangan lawan:
~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajarinya;
~ agregat (Biologi) buah yang terbentuk daripada bunga tunggal (seperti strawberi) atau daripada beberapa bunga (seperti nanas);
~ benar = ~ sebenar (Biologi) buah yang terbentuk daripada ovari sahaja (mis buah betik);
~ bengang (Biologi) buah yang kelopaknya pecah (apabila masak);
~ bibir sebut-sebutan orang;
~ butir pokok pembicaraan (perbincangan dan lain-lain);
~ catur anak catur (benda kecil-kecil yang digunakan dalam permainan catur);
~ dacing batu penimbang;
~ dada susu, tetek;
~ fikiran pendapat;
~ hati orang yang dikasihi, jantung hati;
~ hidup buah yang masih segar;
~ kalam karangan, tulisan;
~ kalengan [Indonesia] buah dalam tin;
~ kering
a) buah yang dikeringkan;
b) (Biologi) buah yang perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang;
~ kesenian hasil kesenian;
~ ketot buah bantut;
~ kumpuan buah majmuk;
~ lidah buah yang kelopaknya pecah dari pangkal ke hujung;
~ majmuk buah yang terjadi daripada rangkaian bunga;
~ mata
a) biji mata;
b) orang yang dikasihi;
~ melaka (kuih) onde-onde;
~ mimpi sesuatu yang dimimpikan;
~ mulut percakapan (perbualan) orang, buah bibir;
~ palsu (Biologi) buah yang terbentuk daripada bahagian lain bunga, bukannya daripada ovari (mis buah gajus);
~ pantat kedua-dua belah bahagian punggung;
~ pelir biji dalam kantung kemaluan lelaki;
~ pembicaraan
a) pokok pembicaraan;
b) hasil pembicaraan;
c) sebut-sebutan orang;
~ pena buah kalam;
~ perut [Minangkabau] orang-orang yang menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yang turun-temurun daripada nenek perempuan);
~ pinggang (sepasang) organ perkumuhan yang terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing dan mengawal osmosis;
~ remia [Kedah] sejenis buah seperti kundang tetapi lebih kecil bentuknya;
~ sepudung beberapa buah yang terbit daripada satu bunga;
~ serahim buah yang terjadi daripada satu bunga;
~ sesentul buah yang seperti buah epal, mempunyai biji pada terasnya;
~ sulung buah yang pertama (permulaan);
~ susu sejenis tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia;
~ tahun
sesuatu yang jarang terdapat;
~ tangan
a) hasil pekerjaan;
b) barang yang dibawa dari perjalanan, oleh-oleh;
~ tanjung sejenis kuih;
~ tasbih
a) butir-butir pada tasbih;
b) sejenis tumbuhan (herba), Canna orientalis;
~ undi
ark buah dadu;
~ zakar buah pelir;
~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin (peribahasa) tidak berdaya untuk mencapai yang dicita-citakan (diharapkan);
~ yang manis berulat di dalamnya (peribahasa) mulut manis biasanya mengandung maksud yang jahat;
bagai ~ keras di dalam sekul (peribahasa) bercakap dengan tergopoh-gopoh;
di mana ~ masak, di situ burung banyak tampil (peribahasa) kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun;
laksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri (peribahasa) barang yang telah tua itu dengan sedikit tenaga rosaklah ia;
sebab ~ dikenal pohonnya (peribahasa) daripada pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya;

sebuah satu buah;

menyebuahkan menjadikan satu;

berbuah
1. mempunyai buah, menghasilkan buah:
rambutan saya sudah ~;

2. [kiasan] memberi hasil (akibat dan lain-lain):
kahwin yang tidak bersehaluan itu tidak ~ elok;

3. berbintil-bintil halus (pada rambut kerana tidak dikeringkan dengan baik);

berbuah-buah [kiasan] menjadi-jadi:
ratap yang ~;

berbuahkan mendapat (mempunyai) sebagai buah:
padi itu ~ emas;

membuahi
1. [Indonesia] menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dengan gen betina;

2. = membuah-buahi mencampuri, menambah-nambah:
dia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dengan ratap;

membuahkan menghasilkan, menerbitkan (hasil dan lain-lain):
memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas;
persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham;
Melur cuba ~ senyuman;

buah-buahan
1. buah tiruan;

2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah;

pembuahan perihal membuahi (penghamilan).

berkongsi