(kurang halus) isteri:
~nya yang pertama telah meninggal;
~ aji [sastera lama] gundik raja;
~ gahara [sastera lama] isteri yang sah;
~ gelap = ~ simpan gundik (perempuan yang tidak dikahwini);
~ muda isteri kedua (ketiga, keempat);
hilang ~ boleh dicari, hilang budi badan celaka (peribahasa) akal itu hendaklah dipelihara, kerana jikalau akal hilang dapat membawa kebinasaan;
bini-bini [Brunei] perempuan, wanita;
bini-binian
1. suka berkahwin (berkenaan (dengan) orang laki-laki), kerap kali berkahwin;
2. bini yang tidak sah, gundik;
orang ~, beranak takboleh disuruh (peribahasa) pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi;
berbini mempunyai bini, sudah berkahwin (berkenaan (dengan) laki-laki):
sedangkan orang yang tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yang berpendapatan besar;
apa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh = elok ~ orang tua , perut kenyang pengajar dapat (peribahasa) orang yang berkahwin dengan janda (perempuan tua) selalu manja pada isterinya (cemuh kepada orang berbini tua);
berbinikan berkahwin dengan (bagi laki-laki);
membinikan bersetubuh dengan:
maksud cicak jantan tercapai, ~ cicak yang dikejarnya itu;
memperbini menjadikan bini, mengahwini:
saja akan diperbininya juga puteri itu oleh Patih Gajah Mada;
memperbinikan mengahwinkan:
anak laki-lakinya itu hendak diperbinikannya dengan anak orang kaya;
pebinian [Brunei] isteri.