1. seperti sediakala, seperti yang sudah-sudah:
keadaan huru-hara di negeri itu pulih seperti ~;
kelakuannya tidak seperti ~ pada hari itu;
2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim:
kekalahan merupakan perkara ~ dalam pertandingan;
seperti ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi;
3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dan sebagainya):
dia tidak kekok lagi bergaul dengan orang-orang kenamaan kerana sudah ~;
4. tidak istimewa daripada yang lain:
corak batik itu ~ sahaja;
5. seperti yang selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (berkenaan (dengan) sesuatu keadaan dan sebagainya):
suhu ~ badan manusia;
6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dan sebagainya), pernah:
saya ~ tidur di masjid;
luar ~ berlainan daripada biasa;
alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ (peribahasa) segala kesukaran dan sebagainya tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dan sebagainya sesuatu);
biasanya seperti yang selalu dilakukan atau yang sudah teradat, selalunya:
kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu;
membiasakan
1. menjadikan umum (lazim, teradat, dan lain-lain):
pepatah ini ialah mengenai perkara yang telah teradat atau peraturan yang sudah dibiasakan;
2. menjadikan biasa (untuk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa:
Basir berdiri sebentar untuk ~ pemandangannya di dalam dewan yang kelam itu;
~ diri bergaul dengan orang atasan;
3. menjadikan biasa (dengan keadaan cuaca, suasana, dan sebagainya), menyesuaikan:
dia tidak dapat ~ dirinya dengan cuaca yang terlalu panas di Mekah;
terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dan lain-lain):
di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dalam adat;
keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa;
kebiasaan hal yang biasa dilakukan:
adat ~;
sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu untuk datang tepat pada awal bulan;
~nya adatnya, biasanya;
pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman.