1. tidak kotor:
pakaiannya sentiasa ~;
2. bebas daripada pencemaran udara dan lain-lain, tidak mengandungi unsur-unsur dan sebagainya yang boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan:
menyedut udara ~ di kawasan pergunungan;
meminum air yang ~;
3. [kiasan] jujur dan ikhlas, suci, murni:
hati yang ~;
4. [kiasan] bebas daripada amalan yang tidak baik (seperti rasuah, penyelewengan, dan sebagainya):
mewujudkan sebuah kerajaan yang ~, cekap, dan amanah;
5. [kiasan] bebas daripada anasir yang tidak baik (seperti pengaruh, tuduhan, dan sebagainya):
~ daripada pengaruh budaya kuning;
~ daripada tuduhan menerima rasuah;
6. (berkenaan (dengan) pendapatan, keuntungan, dan sebagainya) yang tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dan sebagainya):
keuntungan ~;
membersihkan
1. menjadikan sesuatu bersih (dengan cara membasuh, menyapu, dan lain-lain):
~ longkang;
~ sayur-sayuran sebelum dimasak;
2. menjadikan bersih (daripada sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan:
~ diri daripada segala dosa;
3. [kiasan] menjadikan bersih (bebas daripada anasir yang tidak dikehendaki), membebaskan:
~ jabatan-jabatan kerajaan daripada amalan rasuah;
~ bandar itu daripada sarang kongsi gelap;
4. menghapuskan anggapan (tuduhan dan lain-lain) yang tidak baik pada diri seseorang:
~ nama yang tercemar oleh fitnah;
kebersihan
1. keadaan bersih (tidak kotor):
menjaga ~ sekolah;
2. perihal bersih (udara, air):
~ udara yang menyihatkan badan;
3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian:
~ hati nurani;
pembersihan
1. perbuatan membersihkan:
~ kawasan yang dilanda banjir;
2. perbuatan membersihkan (daripada pencemaran udara dan lain-lain):
~ udara;
3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian:
~ jiwa dengan cara bertapa;
4. perbuatan (tindakan, gerakan, dan sebagainya) membersihkan (anasir yang tidak baik):
gerakan ~ di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi sarang komunis;
pembersih
1. orang (alat) yang membersihkan sesuatu:
~ udara;
2. (orang yang sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan:
dia memang ~ orangnya.