bekal

1. persediaan yang dibawa dalam perjalanan (seperti makanan, wang, dan lain-lain):
menyediakan ~ untuk musim sejuk;

2. segala yang mungkin berguna pada masa depan:
ilmu dicari untuk ~ hidup;

berbekal mempunyai bekal, membawa bekal:
ia datang ke mari ~ pakaian di badan;

berbekalkan mempunyai sesuatu sebagai bekal:
~ ilmu di dada;

membekali memberi bekal kepada:
anak itu dihanyuntukan di dalam sebuah perahu, dibekali dengan sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya;

membekalkan memberikan bekal, menyediakan sesuatu sebagai bekal:
sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan;

bekalan benda-benda yang dipakai (disediakan) sebagai bekal, (benda-benda) persediaan:
~ makanan hanya sebanyak yang terlarat dibawa;

bekal-bekalan bermacam-macam bekal;

perbekalan bekalan;

pembekalan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membekalkan:
ia menghentikan ~ makanan untuk masyarakat kota;

pembekal orang yang memberi (menyediakan) bekal:
pasukan ~;
~ modal
orang yang memberi modal.

berkongsi