1. terletak separas dengan permukaan tanah (berkenaan (dengan) bahagian bangunan, rumah, dan sebagainya):
pejabatnya terletak di tingkat ~ bangunan itu;
2. ruang kosong yang terletak di antara tiang rumah atau kaki almari (meja, kerusi, dan sebagainya):
~ rumah itu boleh dijadikan stor;
~ angin tempat angin datang;
negeri ~ angin Kepulauan Melayu;
~ duli = ~ cerpu = ~ kadam = ~ kaus kata kehormatan kepada raja;
ke ~ duli baginda kpada baginda;
~ sedar
a) lubuk hati (perasaan yang dalam-dalam);
b) tidak sedar sepenuhnya;
~ tanah
a) di bawah permukaan bumi, dalam tanah;
b) sulit, gelap (berkenaan (dengan) gerakan dan lain-lain);
(di) ~ tangan
a) di bawah kuasa (pengaruh dan lain-lain);
b) tidak dengan secara rasmi atau umum (penjualan dan lain-lain);
di bawah
1. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga (mis di taman, di perkarangan, dan sebagainya):
kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~;
2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan lain-lain):
~ meja
3. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya) yang berikutnya:
sila rujuk pada rajah ~;
baca petikan ~;
4. kurang daripada:
kanak-kanak ~ umur 12 tahun;
5. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya):
kakitangan ~ jagaannya;
orkestra ~ pimpinan Johari Saleh;
orang ~ orang yang lebih rendah (pangkat, kedudukan, dan sebagainya);
~ harga lebih murah daripada harga yang sebenarnya;
~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dan lain-lain);
~ lindungan dilindungi oleh;
~ penilikan ditilik oleh;
~ perintah diperintahkan oleh;
~ umur belum dewasa;
ke bawah
1. ke tempat yang lebih rendah;
2. ke paras (peringkat dan sebagainya) yang lebih rendah;
mengebawahkan merendahkan, menurunkan;
terkebawah bawah sekali, terendah:
awak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yang ~;
membawah [arkaik] bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang;
membawahi [kiasan] menjadi dasar pada sesuatu, mendasari:
akal budi suci ~ akal budi biasa;
membawahkan memimpin (bawahan dan lain-lain), menguasai (daerah dan lain-lain);
terbawah
1. terendah;
2. = ~ oleh dipimpin oleh;
bawahan, sebawah, sebawahan
1. orang di bawah, orang yang di bawah perintah, orang rendahan:
ia mencatat nama-nama ~nya yang hadir pada hari Minggu;
2. (golongan) yang bawah (rendah):
masyarakat Melayu terbahagi kepada tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~;
pembawah (Matematik) nombor bawah pecahan (menunjukkan berapa bahagian sesuatu dibahagikan).