batang I

1. bahagian pokok yang tumbuh daripada akar:
tebu menyimpan gula dalam ~;

2. tangkai (cangkul, dayung, dan lain-lain):
~ joran;

3. benda yang panjang:
besi ~;

4. benda yang panjang dan bulat:
~ kaki;

5. penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang:
se~ jalan;

6. [arkaik] bangkai, mayat;
sudah menjadi ~ sudah mati;
~ air sungai;
~ bersih (Perhutanan) batang pokok yang lurus dan tidak bercabang;
~ dacing lengan dacing (kayu panjang pada dacing yang memakai mata);
~ dayung tangkai dayung;
~ hari
a) tengah hari;
b) pokok aliran sungai;
~ hidung bahagian yang keras pada hidung, lembaga hidung;
~ kalam tangkai pena;
~ leher leher antara kuduk dan kepala;
~ lengan lengan bahagian atas;
~ palsu batang yang terbentuk daripada kelopak (pisang);
~ tenggorok merih;
~ tubuh
a) tubuh tanpa anggota;
b) diri, peribadi;
se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara;
ada ~, cendawan tumbuh (peribahasa) di mana juga kita duduk ada rezeki kita;
angkat ~, keluar cacing gelang-gelang (peribahasa) mengerjakan pekerjaan orang yang terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh;
di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh (peribahasa) di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan;
kena ~ hidung (peribahasa) berasa terkena (tersindir, terhina, dan lain-lain);
sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya (peribahasa) bagaimana sekalipun perkataan yang benar itulah pangkalnya;
sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas (peribahasa) pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yang diingat, tetapi dari awal sampai ke akhirnya;
terkena pada ikan bersorak, terkena pada ~ masam (peribahasa) hal orang berkawan yang mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;

berbatangkan mempunyai batang yang dibuat daripada unsur lain:
pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;

membatang menjadi batang, menyerupai batang:
gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;

batangan alangan kayu dan lain-lain di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dan lain-lain):
ada pun ~ Pahang pada masa itu dua lapis.

berkongsi