1. benda:
apabila ada ~ dibelikan suami janganlah ~ itu tertanggal dari badan lagi;
2. (segala) sesuatu, apa sahaja:
Serang Sakar pembengis dan kasar ~ cakapnya;
3. lebih kurang, kira-kira:
ada ~ tiga musim antaranya maka datanglah kapal itu;
4. agar, mudah-mudahan:
ia meminta doa kepada Tuhan ~ dianugerah-Nya akan mereka tempat yang kebajikan;
5. baik, walau:
~ ke mana pergi dibawanya anaknya;
6. semestinya, sepatutnya, sewajarnya:
itu sudah ~ tentu;
~-~ antara (Ekonomi) barang-barang yang digunakan untuk membawa barang-barang lain;
~ apa segala sesuatu, apa sahaja;
~ bahan [Indonesia] barang yang akan dibuat sesuatu;
~ baki (Ekonomi) barang-barang sebuah syarikat dan lain-lain yang disenaraikan serta nilainya, inventori;
~ besi (logam, tanah, dan lain-lain) barang yang dibuat daripada besi (logam, tanah, dan lain-lain);
~ bila (kala) sesuatu waktu, bila-bila saja;
~ cetak(an) barang-barang yang dicetak (seperti buku, majalah, dan lain-lain);
~ dagangan barang-barang yang akan dijual;
~ ekonomi barang-barang yang terbatas banyaknya dan boleh dijualbelikan;
~ gelap barang yang tidak sah (barang curian, barang seludupan);
~ kemas (perhiasan, persolekan) barang yang dipakai untuk kecantikan;
~ kes (Undang-undang) objek, dokumen dan sebagainya yang dikemukakan dalam mahkamah sebagai bukti untuk sesuatu kes perbicaraan ;
~ mewah barang-barang yang dipakai untuk kemegahan (kecantikan);
~ modal (Ekonomi) barang-barang yang dipakai untuk menghasilkan barang lain;
~ orang sebarang orang;
~ pakaian segala macam pakaian;
~ pecah belah (pecahan ark) barang tembikar;
~ pembantu (Ekonomi) barang-barang yang menambah pendapatan;
~ penanding (Ekonomi) barang-barang yang menandingi atau boleh jadi pengganti kepada barang lain;
~ penggenap (Ekonomi) barang-barang yang menambah penggunaan barang lain kalau ditambah penggunaannya;
~ pusaka barang peninggalan orang tua dan lain-lain;
~ runcit barang yang dijual sedikit-sedikit;
~ seni hasil kesenian;
~ sesuatu segala sesuatu, segala apa;
~ siap barang yang sudah diproses untuk jualan;
~ siapa sesiapa saja;
~ tetap harta benda yang tidak dapat dipindah-pindahkan (rumah, tanah, dan lain-lain);
ada wang ada ~ kalau sanggup membayar tentu mendapat barang yang lebih baik;
barang-barang
1. barang;
2. = sebarang;
sebarang biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja;
bukan ~
a) bukan yang biasa sahaja;
b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain);
c) bukan apa-apa;
barangan (Ekonomi) benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan.